Spread Emas ( Beza Harga Beli & Jual Semula)

 

Spread Emas (Beza harga beli dgn harga jual semula)
==================================
[Like & Share utk tujuan perkongsian ilmu]

👉 Setiap logam ada “spreadnya”. Bukan sahaja emas dan perak, besi sekali pun memang ada spread.

👉 Dari sudut bahasa :-

“Spread” adalah perbezaan harga beli dgn harga jual semula. Spread sebenarnya bukanlah susut nilai.

Manakala susut nilai lebih tepat dengan perkataan “depreciation”.

Tapi untuk menyebut dengan lebih mudah, spread biasanya kita sebut susut nilai. Begitulah yang terjadi dgn logam berharga seperti emas dan perak.

👉 Spread emas atau perak, tidaklah sama seperti susut nilai kereta, motor, handphone & sebagainya.

Bila harga beli emas naik, harga jual semula emas tu pun turut naik. Begitulah sebaliknya jika harga turun. Emas ni kan ker komoditi.

Jadi jika kita menyimpan emas tu pada satu2 masa, pastikan harga jual semula melebihi harga beli. Ini barulah dikatakan untung. Maknanya jika kita tak mula simpan sekarang, bila pula kita nak dpt harga “break even” sedangkan emas utk tempoh sederhana dan panjang, harganya naik.

Bukan emas dan perak saja yang ada spread. Malahan perdagangan tukaran matawang asing juga mempunyai spread.

Contoh kalau ke money changer atau pengurup wang, terdapat perbezaan harga kita membeli dan menjual semula matawang tersebut.

Jadi Abg long nak tekankan yang “spread” bukanlah “depreciation”. Spread ini juga diukur dalam bentuk peratusan ( % ).

👉 Pentingkah spread emas ini?

Selain drpd harga membeli emas, spread merupakan perkara terpenting. Spread inilah yang menentukan 2 perkara pokok kepada keuntungan simpanan atau pun pelaburan emas. Perkara2 tersebut adalah :-

1). Berapa banyak kita akan untung
2). Berapa lama kita nak untung.

So, boleh dikatakan emas yang mempunyai spread yang nipis atau rendah adalah produk emas terbaik.

👉 Kenapa emas dan perak perlu ada spread?

Spread emas dan perak ni wujud disebabkan ianya adalah perniagaan. Sama seperti perniagaan “money changer” atau pengurup wang.

Jika tiada spread, bagaimana sesuatu perniagaan emas dan perak tu dapat bertahan (sustain). Emas dan perak perlukan kos operasi, kos pembuatan, kos penyimpanan dan kos2 lain yang perlu dikeluarkan.

Jadi untuk tujuan perniagaan, wajib emas dan perak mempunyai spread untuk bertahan. Jika kita tak nak ada spread emas, kita bolehlah pergi cari lombong emas dan melombonglah sendiri.

Biasanya bila kita membeli produk emas atau perak, kita just tanya harga pembelian tanpa kita tanya harga jual semula.

So selepas ini, sebelum kita membayar utk satu2 produk emas, kita tanya juga harga jualan semula utk membuat pengiraan spread.

Harga yang sedikit mahal bukanlah emas tu tak baik sekiranya spreadnya sangat nipis. Begitulah sebaliknya. That why sebelum simpan emas, kena ada ilmu.

👉 Satu lagi tentang beza spread emas perhiasan (jewellery) dan juga emas simpanan (Goldbar & dinar).

Emas perhiasan, tujuannya utk dipakai dan mempunyai spread yang lebih besar. Kebiasaannya 20%-40% mengikut kedai emas masing2. So jangan jadikan emas perhiasan sebagai emas simpanan.

Manakala emas untuk simpanan pula mempunyai spread yang lebih nipis berbanding emas perhiasan. Kalau di kedai emas dlm 13%-15% tanpa mengira item (gram) emas.

Sebagai penyimpan emas tegar dgn minda yang merdeka, Abg long putuskan bahawa spread emas Public Gold antara yang ternipis iaitu 6%-9% jer mengikut item emasnya. Lebih besar emas, lebih kecil spreadnya.

Selain itu emas Public Gold jelas menunjukkan kedua2 harga iaitu harga beli dan harga jual semula tanpa menyembunyikan spread. Inilah yang dikatakan telus dan jujur.

Biasanya kedai2 emas yang lain tidak menunjukkan harga jualan semula dan kita perlu tanya utk mengetahui spread emas tersebut.

Kat sinilah Abg long katakan emas Public Gold adalah dalam keadaan “win-win”. Penyimpan dan pelabur lebih mempunyai keuntungan kerana memiliki emas yg spreadnya nipis.

Inilah cerita tentang spread emas. Maaf panjang sikit sebab nak bagi sahabat2 paham apa itu spread?

Semoga bermanfaat yer!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *