Pengalaman Sebenar Emas Sebagai Modal Pusingan Perniagaan

PENGALAMAN SEBENAR EMAS SEBAGAI MODAL PUSINGAN PERNIAGAAN

Bismillah

Alhamdulillah,
Abg long berkesempatan untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat bagaimana emas fizikal boleh membantu para peniaga dan usahawan untuk dijadikan modal pusingan perniaagan. Ianya tak kira apa saja jenis perniagaan kita kerana modal sememangnya sangat penting dalam berniaga.

Ini adalah dari pengalaman Abg long sendiri kerana Abg long adalah seorang kontraktor. Berniaga adalah mata pencarian hidup Abg long untuk menampung ekonomi keluarga dan pekerja-pekerja dibawah tanggungjawab Abg long.

Sebelum Abg long kenal emas, modal memang menjadi masalah utama Abg long dalam menjalankan perniagaan. Ini adalah Abg long tidak dapat mengawal perbelanjaan sendiri mahupun perbelanjaan syarikat. Istilah “pakai dulu” atau pinjam dulu duit syarikat sendiri selalu berlaku. Pakai senang, nak bayar ganti balik susah.

Dengan pelbagai minat dan hobi dalam bidang permotoran, adventure dan melancong, banyak duit dihabiskan di sana. Dalam erti kata sangat BOROS. Bila dapat payment, belanja kehendak dulu, baru usaha nak simpan. Alamat memang tak menyimpan la duit tu.

Disebabkan kegagalan mengurus kewangan dengan baik, bila mendapat sesuatu kontrak atau projek, Abg long terpaksa meminjam dari mana-mana sumber terutama dari kawan-kawan. Terpaksa menagih simpati mereka atau pun dengan institusi kewangan yang lain. Adatlah bila meminjam, bayaran balik mestilah lebih dari apa yang kita pinjam.

Kadang-kadang bila memikirkan masalah tersebut, Abg long terasa menyesal. Namun bila dapat payment, rasa sesalan tu hilang begitu saja dan teruskan dengan tabiat lama. Dapat secupak, belanja segantang. Sebenarnya itulah fitrah kita dengan duit. Nikmat duit adalah dibelanjakan sesuka hati bukannya untuk disimpan.

Namun begitu setelah Abg long bertemu dengan ubat penyakit boros iaitu emas, Abg long lebih bijak mengawal perbelanjaan kewangan. Minat dan hobi tetap diteruskan tetapi dengan kadar belanja yang sangat minimum. Bermula dari mengumpul sikit-sikit emas, Alhamdulillah kini Abg long mempunyai aset fizikal dalam bentuk emas yang boleh sangat dijadikan modal pusingan perniagaan Abg long.

Emas fizikal tu Abg long jadikan alat. Ianya  dijadikan ASET SYARIKAT. Keuntungan dari perniagaan yg tidak dipakai untuk di “rolling” dalam waktu terdekat, Abg long ALIHKAN kebentuk yg lebih baik iaitu aset emas fizikal Public Gold. Itulah yang berlaku setiap kali bila menerima payment. Simpan dulu dalam bentuk emas dan belanja lain-lain dikemudiankan. Begitulah fitrah manusia dengan emas. Nikmat emas adalah seronok disimpan. Dari kecil nak besar. Dari sikit nak besar.

Semakin lama dijadikan aset simpanan syarikat, semakin bernilai aset emas syarikat. Tiada lagi kebocoran yang tidak diperlukan dalam urusan kewangan syarikat. Selain dari itu, sekiranya Abg long memerlukan modal pusingan yg lebih besar, aset emas syarikat tu boleh dicairkan@cagarkan semula untuk mendapatkan modal pusingan.

Hari ni diarrahnukan (dipajak ke arrahnu Pos Malaysia), hari ini juga kita mendapat modal pusingan. Kemudian bolehlah uruskan apa saja perniagaan kita. Apabila dapat semula modal + keuntungan dari perniagaan, cepat-cepat Abg long tebus semula emas yg diarrahnukan tadi.

Ianya umpama facilities “Overdraf” tapi menggunakan aset syarikat kita sendiri. Dari segi keuntungan, Abg long mendapat 2 keuntungan iaitu keuntungan perniagaan + keuntungan aset emas syarikat semakin bernilai. Abg long tidakmenagih simpati dari sesiapa untuk mendapatkan modal perniagaan yang sudah tentu interest rate pinjamannya yang sangat tinggi.
.
Alhamdulillah urusan kewangan sendiri dan syarikat Abg long lebih baik bila dah ALIHKAN duit ke bentuk emas fizikal. Benarlah apa yang dikatakan dalam Al-Quran yang mana setiap penyakit ada ubatnya. Kita hanya perlu berusaha dan beriktiar disamping doa kepadaNya. Terima kasih emas.

Ikhlas dari hati
Fendy Rusli aka Abg long

Gunung Jerai, Gurun Kedah

20/10/2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *