Emas Dan Al-Quran

Bismillah…

Alhamdulillah Abg long berkesempatan berkongsi dengan sahabat-sahabat. Sebab utama kenapa kita perlu simpan emas dan perak adalah kerana kita perlu “back to the basic”. Sebagai umat islam kita wajib percaya apa yang disebut dalam Al-Quran dan juga sabda Baginda Rasullullah SAW.

 

Emas adalah ciptaan yang unik dari Allah s.w.t. dan kehebatannya diceritakan sampailah ke Syurga. Tahukah anda semua bahawa terdapat 8 ayat dalam Al-Quran yang menceritakan tentang emas.

#1 – Emas Dijadikan Indah Pada Pandangan Manusia

Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia; kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga).”(Surah Ali-Imran : 14)

#2 – Emas Adalah Barang Tukaran Paling Bernilai

Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Sesungguhnya, orang-orang yang kafir lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun.”(Surah Ali-Imran : 91)

#3 – Emas Sebagai Simpanan Sebenar

Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya, banyak di antara pendeta dan ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan, (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”(Surah at-Taubah : 34)

#4 – Emas Sebagai Perhiasan Dalam Syurga

Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Mereka itu disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah syurga tempat berehat yang sebaiknya.”(Surah al-Kahfi: 31)

#5 – Perhiasan Bagi Orang Mukmin

Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Sesungguhnya, Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.”(Surah al-Hijr: 23)

#6 – Balasan Bagi Mereka Yang Beroleh Syurga

Firman Allah SWT yang bermaksud;
“(Balasan mereka ialah) syurga-syurga Adn, yang mereka akan memasukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera.”(Surah Fatir: 23)

#7 – Emas Lambang Dan Bukti Kekayaan Sebenar

Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Jika benar ia seorang Rasul), maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?”(Surah az-Zukhruf: 71)

#8 – Barangan Berharga Buat Penghuni Syurga

Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta dipandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): ‘Kamu adalah tetap kekal di dalamnya’.”

Di dalam Al-Quran sendiri ada menyebut tentang emas dimana ada suatu maksud yang tersurat dan tersirat tentang nilainya. Antara lain adalah mengenai simpanan, perhiasan, barangan berharga, kekayaan dan hukum hakam.

“Nak selamatkan keluarga, belilah emas.
Nak bantu negara, simpanlah emas.
Nak ikuti ajaran agama, gunalah emas.”

 

Abu Bakar ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda. “Akan tiba satu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)”. (Hadis dari Musnad Imam Ahmad ibn Hambal).
Wallahua’lam.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *