Simpanan Emas Sebagai Dana Pendidikan

Dana pendidikan anak-anak adalah suatu simpanan dalam jangkamasa yang panjang. Bukan sehari atau setahun dua, mungkin melebih 5 tahun ke atas. Ada yang mencapai 18 tahun.

Bagi dana pendidikan anak-anak, Abg long yakin ramai ibu bapa buat simpanan dalam bentuk wang tunai ataupun insuran dan SSPN. Itupun bagi ibu bapa yang sedar tentang simpanan pendidikan, kalau tak menyimpan itu lain halnya.

Ada juga yang Abg long dapat lihat pada awalnya, ibu bapa berniat untuk simpan dana pendidikan anak tapi akhirnya simpanan tu dikorek semula untuk duit belanja. So tiada lagi dana pendidikan anak-anak yang dirancangkan. Ianya seperti ‘”hangat-hangat tahi ayam”.

Abg long nak cerita kelebihan emas yang boleh dijadikan alat sebagai simpanan pendidikan anak untuk suatu tempoh masa yang lama dan kenapa kita perlu jadikan emas sebagai simpanan pendidikan.

Abg long dapat rasakan ada ibu bapa buat simpanan minima RM200 setiap bulan sejak anak baru dilahirkan. Abg long buatkan kiraan jumlah simpanan sehingga anak umur 18 tahun.

RM200 x 216 bulan = RM43,000.00

Cuba kita fikir sejenak, adakah kuasa beli (nilai) RM43,000 ini mampu untuk menampung kos pendidikan anak kita selepas 18 tahun? Tolak tambah juga dividen yang kita dapat hasil dari simpanan itu adakah ia masih mampu?

NILAI LEBIH BERTAHAN SIMPAN EMAS
Ibu bapa perlu jadikan emas sebagai simpanan pendidikan kerana banyak kelebihan yang boleh kita dapat disebabkan nilai emas itu sendiri yang lebih bertahan berbanding simpan duit dibank. Nilai duit semakin lama kita simpan semakin mengecil nilainya (kuasa susut).

Simpanan pendidikan ianya suatu simpanan dalam tempoh yang agak lama. Simpan duit terlalu lama tidak bagus kerana duit kertas bukan penyimpan  nilai terbaik. Saban tahun nilainya kian merosot disebabkan INFLASI.

Kita lihat sendiri pada tahun 2015 nilai ringgit telah jatuh lebih kurang 30%. Jika kita ada simpanan RM100,000 dalam bentuk tunai dibank ini bermakna kuasa beli terhadap duit simpanan kita itu telah hilang 30% bersamaan RM30,000!.

Nombor pada buku bank nampak tidak berubah tapi hakikatnya kuasa beli kita pada nilai ringgit telah berkurang. Ini bermakna kekayaan kita tidak kekal tapi kita semakin miskin!

SUKAR DIBOCORKAN
Bila ibu bapa jadikan emas sebagai dana pendidikan, simpanan sukar untuk dibocorkan(dikorek) semula. Sebabnya emas ini ada sifat fitrahnya kepada manusia iaitu sayang untuk dijual.

Kalau kita nak jual emas itu pun kita ada tempoh bertenang untuk menjualnya. Kita akan berfikir panjang untuk menjual sebab perasaan sayang ada dalam diri penyimpan itu sendiri. Kebanyakkannya apa yang saya lihat, penyimpan emas akan jual emas mereka sebagai jalan terakhir bila mereka kehabisan tunai atau telah capai matlamat.

Emas sangat membantu sebagai alat untuk kita mencapai matlamat. Dari segi nilai ia lebih terjamin berbanding simpan tunai dalam tempoh yang lama. Dari segi disiplin simpanan, ia lebih mudah untuk kita simpan kerana ada sifat fitrahnya “suka kumpul banyak, sayang untuk dijual”.

Semoga bermanfaat!!!
Abg Long Fendy
Ipoh, Perak

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *