Kisah Segram Emas

Ini adalah emas fizikal pertama Abg long. Mula disimpan awal 2015 dengan penuh rasa sangsi dan ragu-ragu di hati. Harga pada masa tu RM145 dengan berat 1gram.Sekarang ni dah pernah cecah 198/g.

Abg long mula simpan emas bukanlah terus percayakan emas. Malahan bersikap sangat negatif kerana melihat ada sahabat Abg long tertipu dengan skim cepat kaya bertopengkan emas. Bukan setakat RM1k atau RM2k, malahan melibatkan ratusan ribu ringgit. Pada masa tu juga Abg long ingatkan emas hanya gelang, rantai dan emas perhiasan lain.

Segalanya bermula di tanah suci Mekah pada pertengahan tahun 2014, bila seorang makcik  menjual emas dalam bentuk jongkong emas kecil dan dinar emas bila dia kehabisan duit belanja di kota Mekah. Itulah kali pertama Abg long melihat emas berbentuk petak dan bulat “live” depan mata. Abg long juga ingat lagi jenama emas yang dijual oleh makcik tu adalah emas Public Gold.

Balik dari tanah suci, Abg long mula mengkaji dan mencari-cari ilmu tentang emas fizikal. Setahun juga lamanya kajian dibuat melalui buku-buku bacaan dan bertanya dengan sahabat-sahabat yang pernah tertipu dengan emas. Pelbagai cerita dan nasihat timbul. Banyak cerita tak baik dari yang baik. Namun begitu Abg long fikir dengan hanya mendengar cerita dan bahan bacaan je tidak dapat memuaskan hati Abg long. Yelah kaji je kalau tak try, test dan cuba mana nak tau.

Pelbagai persoalan timbul dan bermain kat kepala Abg long ni. Antaranya adalah :-
–  Tulenkah emas ni?
–  Betulkah beratnya?
–  Kukuhkah syarikat pengeluarnya?
–  Program MLM ke ni?
–  Skim cepat kaya ke?

Yelah kita beli emas gunakan duit bukannya guna air liur. Cakap je dapat emasnya. Sebab tu banyak persoalan yang timbul. Akhirnya Abg long mengambil keputusan untuk membeli emas 1g Public Gold. Keputusan itu dibuat setelah mengkaji pelbagai jenama lain yang berada di pasaran Malaysia.

Setelah membeli gram pertama dgn serial no G51055, Abg long terus ke kedai pajak biasa kat area Jln Ipoh, Kuala Lumpur. Sampai kat situ, Abg long terus mintak pemotong dan potong emas yang dalam pembalut berbentuk kad tu. Lepas memotongnya, Abg long terus menyuruh tokey kedai pajak tu menguji ketulenan dan perkara yang bermain diminda Abg long.

Jawapan yang Abg long dapat dari tokey kedai pajak tu hanyalah “aiyaa lu gila la boss. Ini emas ori la. Apsal lu potong?”. Kemudian tokey kedai pajak tu tunjukkan dan terangkan emas yg tak tulen dan berat yg tak sama. Abg long sgt berterima kasih kat tokey tu walaupun di “giler2nya” Abg long nih🤣🤣🤣.

Tak habis dgn tu, keesokkan harinya Abg long kaji pulak dgn sahabat2 Abg long yang bekerja kat BNM, PDRM dan LHDN. Bertanyakan tentang syarikat pengeluar emas tersebut. Tak ada satu pun yang mendatang keraguan tentang kredibiliti syarikat tersebut iaitu PUBLIC GOLD.Selepas semua kajian tu dibuat, barulah Abg long 200% yakin dan segala persoalan terjawab.

Abg long ni bukan apa, masa tu tgh cari ubat penyakit BOROS yang sangat kronik. Duit tak pernah lekat. Dapat secupak, abis segantang. Antara doa Abg long depan Kaabah masa tu adalah diberi kekuatan kepada Abg long supaya tidak jadi pemboros dan seorang yang mensyukuri nikmat Allah SWT. Alhamdulillah dengan hidayah dari Allah SWT di tanah suci yang membuka hijab mata dan hati, sekarang Abg long berjaya berubah. Tak boros lagi malah lebih bijak kewangan. Tahu mana satu belanja keperluan, mana satu belanja kehendak nafsu.

Dari 1gram inilah Abg long belajar dan terus belajar sehingga sampai ke tahap Abg long berkongsi pengalaman serta mendidik masyarakat tentang simpanan dan pelaburan emas fizikal. Sekarang ni Abg long merupakan seorang dealer Public Gold yang sangat aktif dan merupakan  speaker Public Gold yang membuat seminar-seminar diseluruh negara bagi menyedarkan dan mencelikkan minda masyarakat tentang pentingnya simpanan emas fizikal yg betul dan telus.

Emas 1gram ini takkan dijual sebab “Sentimental Value” sangat tinggi bagi diri Abg long. Ada yg offer 1 ribu. Tak jual bang walau 5 ribu harganya. Kalau tak dek kerana 1gram emas dgn serial no G51055 ni, mungkin Abg long masih tidak dapat membuang tabiat boros Abg long yang melampau dan juga takkan ada gram2 yang lain sehingga Abg long terpaksa membuka “save deposit box” di sebuah bank di ibukota.

Sekian perkongsian Abg long. Moga bermanfaat dan menjadi inspirasi. Mulalah simpan emas. Roger2 Abg long Public Gold naaa👍👍
Fendy Rusli aka Abg long
Hp: 0192187992 | Introducer: PG55625
Local Speaker &
Active Superstar Dealer Public Gold

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *